Harga Kangkung Turun, Najib Gesa Rakyat Puji Kerajaan (VIDEO)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat Malaysia supaya memuji kerajaan kerana berjaya menurunkan harga kangkung di Malaysia.
Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir dan meraikan sukarelawan peringkat nasional di Kemaman, semalam.
Beliau menjelaskan harga barangan meningkat kerana pelbagai sebab dan faktor termasuk keadaan semasa, ekonomi dunia, faktor cuaca serta fenomena cuaca ekstrem yang menyebabkan barangan mengalami kekurangan bekalan.
“Bukan semua harga naik sebab kerajaan. Harga ikan naik sebab ikan kurang, harga sayuran naik disebabkan bekalan kurang. Masa harga (barangan) turun, tak puji kerajaan tetapi masa naik, kerajaan dikeji,” katanya.

Laporan Asal wowberita

0 Response to "Harga Kangkung Turun, Najib Gesa Rakyat Puji Kerajaan (VIDEO)"

Post a Comment