Kejayaan Hafiz membawa pulang trofi AJL28 juara sudah pun diteka

Pastinya topik perbualan hangat hari ini ialah mengenai AJL28 yang telah berlangsung semalam. Kejayaan Hafiz membawa pulang trofi juara sudah pun diteka oleh sebahagian besar pengikut anugerah berprestij ini. Secara keseluruhan, AJL28 berjalan dengan lancar dan paling penting, keputusan yang dibuat tidak menimbulkan sebarang kontroversi.
gambar red carpet ajl28
Dengan kemenangan Bahagiamu Deritaku, pencipta dan penyanyi lagu tersebut iaitu LY Baiduri dan Hafiz membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai sebanyak RM35,000. Di tempat kedua, Hyper Act membawa pulang trofi dan RM15,000 sementara Awi Rafael & Altimet di tempat ketiga membawa pulang trofi dan RM12,000. Jacyln Victor dan Hafiz masing-masing membawa pulang RM10,000 sebagai pemenang kategori vokal terbaik dan persembahan terbaik.
Laporan Asal beautifulnara

0 Response to "Kejayaan Hafiz membawa pulang trofi AJL28 juara sudah pun diteka"

Post a Comment