Siti Nurhaliza Jawab Isu Tiru Lagu Rihanna

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menyangkal dakwaan single baharunya yan berjudul ‘Jaga Dia Untuk Ku’ diciplak bulat-bulat daripada lagu ‘Russian Roulette’ nyanyian penyanyi terkenal antarabangsa, Rihanna.

Bagaimanapun Siti mengakui rentak lagu tersebut diinspirasikan daripada lagu penyanyi popular masa kini termasuk Rihanna dan Pink.
“Siti tidak pernah mendengar lagu tersebut (‘Russian Roulette’) sebelum ini dan adalah lebih baik untuk merujuk pada Aubrey Suwito berkenaan perkara ini kerana dia yang mencipta single ‘Jaga Dia Untuk Ku’.
“Mungkin secara kebetulan, rentak, tempo dan bunyinya kedengaran seakan sama tapi melodi berbeza. Bukan mahu tiru 100 peratus tapi dijadikan inspirasi.
Rasanya tidak timbul isu berkaitan menciplak lagu-lagu penyanyi lain dan Siti tidak akan sesekali berbuat demikian,” jelasnya seperti yang dilaporkan akbar Kosmo! hari ini.
Baru-baru ini Siti menyanyikan yang ciptaan Aubrey Suwito ketika konsert amal Live in KLCC Where The Heart Is. Menurut Siti lagu tersebut menceritakan tentang suami beliau, Datuk K. – Kosmo!

0 Response to "Siti Nurhaliza Jawab Isu Tiru Lagu Rihanna"

Post a Comment