Punca sebenar Hanez Suraya enggan tinggalkan cinta Romie, Suami Liyana

Punca sebenar Hanez Suraya enggan tinggalkan cinta Romie - Minggu lalu, Hanez Suraya menafikan tahu status sebenar kekasihnya seperti didakwa suami orang. Penafian itu menyebabkan isteri bakal suaminya, Liyana tampil kepada media dan mendedahkan beliau adalah punca keretakan rumahtangga mereka.



Susulan pendedahan terbabit, Hanez dikritik hebat orang ramai sehingga ada yang menggelarkan pelakon itu sebagai perampas dan perosak rumahtangga orang.

Tidak mahu terus ditomah dan dikecam hebat, Hanez bersama peguamnya, Wan Nurliyana Abdul Rahman tampil untuk memperjelaskan keadaan menerusi sidang media yang diadakan di One World Hotel, Damansara, semalam.


Menurut Hanez, dia tidak bersalah dalam isu keretakan rumahtangga Romie memandangkan mereka baru tiga bulan berkenalan manakala isteri Romie sudah menfailkan penceraian sebanyak dua kali dalam tempoh lapan bulan.

Sehubungan itu, katanya, dia akan teruskan hubungan cinta dengan Romie walaupun tahu masalah yang dihadapinya belum lagi selesai. Bagi Hanez, tidak salah untuk berkawan selagi kekasihnya tidak undur diri dan memutuskan hubungan cinta mereka.

"Saya tiada niat mahu ganggu, tapi saya rasa tidak salah untuk saya berkawan dengan dia. Dia pun mahu berkawan dengan saya. Saya rasa tak salah. Lainlah kalau pihak lelaki sudah mahu undur diri, saya pula masih terkejar-kejar."

Dia jujur dengan saya, awal perkenalan, dia telah tunjukkan keikhlasan dirinya. Dia bawa saya kenal dengan keluarga dan anaknya, jadi perkara itu buat saya yakin. Dia juga sudah berjumpa dengan keluarga saya."

"Mengenai isu kereta pula, ada mengatakan Romie memberikan kereta jenis Alphard Vellfire kepada saya. Saya sangkal perkara ini kerana saya membeli kereta itu sendiri. Kereta tersebut sudah saya gunakan pada bulan Ogos, sebelum mengenali Romie lagi."

Sumber : GUA

0 Response to "Punca sebenar Hanez Suraya enggan tinggalkan cinta Romie, Suami Liyana"

Post a Comment