iNFO : Komen Menyanyat Hati Abang Kepada Pramugara MH370 !

Laman web sharelor.net salah satu medium yang memberikan kesempatan kepada semua orang memberikan kata-kata perangsang dan ucapan berkaitan insiden ini.

Salah satu komen menyayat hati diterima daripada Philip C P Tan yang merupakan abang kepada salah seorang pramugara MH370, David Tan.

Kesedihan Philip dapat dirasakan melalui bait-bait pesanannya:
Since young till early adolescent years, we have gone through sweet, sour and bitterest of lives together. As the elder brother of yours, i’m always there to protect you from bully who’d picked on you…always cherished the moment when we first took interest on football, trained hourly every day just the 2 of us under rains or shine till we’re a formidable force ‘new kids on the block’ to be reckon with…we trained to used both our feet by strapping.

Though we have a distancing our relationship in the past few years…but never once is it out of my minds. Never could have imagine and never will accept the fact that ‘this is it’ the end of our destiny…
Please come back for your family sake…mother will penalized me again to kneel in front of the altar pinching my ears for hours bcoz of letting this thing happen to you


(Sejak kecil sampai besar, kita dah lalui banyak suka duka bersama. Sebagai abang saya selalu melindungimu daripada budak-budak nakal. Tak dapat lupa bagaimana kita sama-sama minat bola sepak hingga berlatih berjam-jam setiap hari tak kira hujan atau panas hingga jadi pemain yang digeruni.

Walaupun jarak kian memisahkan kita beberapa tahun kebelakangan ini tapi kamu sentiasa dalam ingatan. Sukarnya untuk menerima jika pengakhirannya begini…

Tolonglah kembali demi keluarga kita. Mak akan hukum saya dengan menyuruh melutut depan altar dan tarik telinga saya lama-lama kerana membiarkan semua ini berlaku padamu).

Seorang kawan lama David bernama Rahmat Bin Atan pula menulis:
David, hampir 30 tahun kita tak berjumpa. Tapi saya tidak pernah melupakan seorang kawan yang istimewa seperti kamu. Kamu tidak pernah memilih kawan. Kamu seorang yang periang, sentiasa tersenyum. Kamu pernah datang ke kampung saya dan bermain bola di sana bersama saya dan kita menjadi johan ketika itu. 

Bersama kamu saya sentiasa rasa pasukan kita adalah yang terbaik dan kamu harus buktikan kata-kata saya adalah betul. Kamu yang terbaik, yang istimewa dan saya yakin kamu akan pulang bersama-sama dengan anak kapal dan penumpang yang lain kerana bersama kamu akan menjadikan yang lain lebih keyakinan dan semangat.

0 Response to "iNFO : Komen Menyanyat Hati Abang Kepada Pramugara MH370 !"

Post a Comment