Doktor Digantung Kerja Bedah Wanita Hamil Tanpa Bius [3 Gambar]


Seorang pakar sakit puan yang memulakan pembedahan Caesarean terhadap seorang wanita hamil tanpa memastikan ubat bius berkesan terlebih dulu digantung kerja selama lima bulan, lapor AsiaOne.
Pada Khamis lepas, mahkamah tiga hakim di republik itu turut mengenakan denda SGD$10,000 (RM25,872) ke atasnya kerana didapati bersalah melakukan kesilapan terbabit pada 2010.

Dr Lee Kim Kwong yang berusia 60-an dan bertugas di Klinik Pembedahan Wanita Lee didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin Majlis Perubatan Singapura (SMC).

Dalam kejadian pada 9 Januari 2014 di Hospital Mount Alvernia, mangsa menjerit kesakitan ketika sesi pembedahan yang bermula pada jam 8 pagi itu.

Dalam rayuannya, Lee mendakwa dia ada menjalankan ujian bagi memastikan sama ada suntikan epidura yang diberikan sudah berkesan atau tidak sebelum pesakit itu menjerit kesakitan ketika perutnya dibelah.