Bihun Chap Kaki


Apakah yang bermain difikiran individu individu yang cuba menyemarakan api kebencian sesama masyarakat di Malaysia?!

Gambar ini dikongsikan oleh beberapa segelintir individu di facebook yang menggunakan akaun palsu. Kononnya gambar ini terjadi di Malaysia seperti mana kecohnya "Bihun Istimewa" pada 2 hari lepas.

Gambar ini sebenarnya diambil dari sebuah portal dari negara China iaitu The Nanfang, tidak timbul isu kejadian di Malaysia walaupun luka "bihun istimewa" masih lagi berdarah.


Berhati hati dalam memilih sebarang berita yang belum pasti akan kesahihnya. Walaubagaimanapun admin kembang tekak tengok cara penyediaan binun dalam gambar ini.