Punca Perkahwinan Almy Nadia dan Fizz Fairus Dikritik Rakan Artis Terkenal




Sebelum sah bergelar suami isteri, hubungan cinta Almy Nadia dan Fizz Fairus pernah diuji beberapa kali termasuklah tindakan Fizz Fairus tibatiba bertunang dengan seorang gadis yang baru sahaja dikenalinya.

Bagaimanapun, Almy Nadia lebih senang mengambil pendekatan untuk berdiam diri, bersabar dan menganggap bahawa perkara buruk yang berlaku adalah sebagai ujian dari Allah.

Ketika pasangan Almy Nadia dan Fizz Fairus sedang melangsungkan perkahwinan pula, ada rakan artis didakwa sentap dan tidak berpuas hati dengan tindakan mereka hanya mengadakan majlis perkahwinan di kampung halaman masing-masing dan tidak membuat majlis resepsi di Kuala Lumpur.

Rakan artis tersebut dikhabarkan memburukkan pasangan ini di belakang tabir sehingga mengundang gosip tidak masuk akal. Kenapa pula si artis terkenal bertindak sedemikian?