ADAKAH INI SEBAB MH17 DITEMBAK?


ADAKAH INI SEBAB MH17 DITEMBAK?,PUNCA MH17 DITEMBAK,PENYEBAB MH17 DITEMBAK,PUNCA SEBENAR MH17 DITEMBAK JATUH,BERITA MH17,ISU MH17- Agensi berita Russia, RT News melaporkan bahawa pesawat IL 96 melalui laluan yang sama yang dilalui pesawat MAS MH17 pada jam 4.21 petang, setengah jam lewat daripada MH17 yang melalui laluan itu pada jam 3.44 petang.



Menurut sumber RT, tembakan ke atas MH17 sebenarnya disasarkan kepada IL 96 , sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin. Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Russia selepas menghadiri satu konvensyen.

Satu sumber tidak bernama turut melaporkan bahawa MH17 telah bersilang pada titik yang sama dengan pesawat yang membawa Putin.

Sumber itu turut menambah, rupa bentuk luar pesawat MH17 yang hampir sama membuatkan si penembak atau penyerang terkeliru.

Agak mengelirukan juga kerana laluan yang dilalui MH17 telah disahkan selamat, namun beberapa hari lepas, pihak Pejuang Pembebasan Ukraine ada mengeluarkan kenyataan melarang sesiapa sahaja yang melalui kawasan udara mereka dan mereka akan menembak jatuh apa sahaja yang melintasi ruang udara mereka.

Banyak nampaknya yang perlu diselesaikan. Bukan sahaja antara Ukraine dan Russia, tetapi Malaysia juga perlu bertindak tegas kerana tragedi ini melibatkan kehilangan nyawa yang banyak.