Serangan Udara Israel Masuk Hari Ke-3, 70 Maut



GAZA: Serangan udara Israel di selatan dan tengah Semenanjung Gaza meragut 20 lagi nyawa pada Khamis termasuk tujuh wanita dan kanak-kanak menjadikan jumlah korban sejak tiga hari lalu kepada 70 orang.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan Ashraf al-Qudra memaklumkan bahawa serangan pertama hari ini disasarkan ke atas sebuah kedai kopi di bandar Khan Yunis di mana enam lelaki terbunuh dan sekurang-kurangnya 15 yang lain cedera dalam serangan itu. http://blog3dalam1.blogspot.com/

Serangan kedua pula dilancarkan keatas kem pelarian Nusseirat di tengah Gaza.

Serangan seterusnya di dua buah rumah di Khan Yunis mengorbankan tujuh orang, yakni tiga wanita dan empat kanak-kanak, katanya.

Berpuluh-puluh serangan kedengaran dan dilihat menghujani wilayah Palestin yang dikepung pada waktu awal Khamis, dalam operasi yang diberi jolokan Operasi Perlindungan Sempadan Israel, kempen ketenteraan yang terbesar terhadap Gaza sejak 2012, yang kini memasuki hari ketiga.

Pada Rabu, 29 penduduk Palestin terbunuh, dan jumlah keseluruhan pada hari Selasa adalah seramai 21 – CNN.