Fizo Omar menumpang kemewahan Mawar?


SETELAH melangsungkan pernikahan pada 10 November tahun lalu, pelbagai gosip cuba menggugat mahligai yang dibina oleh pelakon Wan Hafizol Wan Omar, 29, atau lebih dikenali dengan nama Fizo Omar dan isterinya Mawar Abdul Karim.

Paling menyakitkan, pelakon yang pernah membintangi filem Kongsi itu didakwa berkahwin sekadar untuk menumpang kemewahan isterinya Mawar yang merupakan usahawan terkenal rangkaian tudung Fareeda.

Dakwaan tersebut bagaimanapun ditepis tenang oleh anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu. Bagi Fizo, tidak terlintas langsung di hatinya untuk mengambil kesempatan atas kemewahan isterinya itu.