Gambar PANAS Dyana Sofea Yang Tersebar Di Laman Sosial [11 Gambar]


Kami pasti ada yang tersedak kopi ketika enak memulakan hari minggu kali ini apabila dua keping gambar panas tiba-tiba beredar di alam maya.

Apa yang menarik perhatian, dua insan mesra di dalamnya adalah nama popular dalam dunia politik.

Mereka adalah anak muda Melayu yang memilih untuk menyertai perjuangan politik Parti Tindakan Demokratik (DAP) iaitu Zairil Khir Johari dan Dyana Sofya Mohd Daud.

Jika dirujuk pada dua gambar yang tersebar ini, hanya pasangan kekasih sahaja rasanya yang akan merakam gambar semesra ini dan ia dipercayai dimuat naik di ruang penyimpanan online, ‘i-cloud’.

Apatah lagi, gambar ini turut diiringi kapsyen romantis iaitu ‘I’m gonna stay right here by your side’ dan ‘in other words, until the end of time’.


Tak pasti sama ada ia sekadar super impose atau memang benar tapi apa yang dah tentu, kedua-dua anak muda Melayu beragama Islam ini perlu memberi kenyataan berkaitan gambar mesra ini.

Kalau benar mereka mempunyai hubungan intim maka terjawablah teka teki mengapa Dyana memilih untuk bersama DAP walaupun keputusan ini menyimpang daripada perjuangan keluarganya bersama UMNO.

Sebagai rekod, Zairil Khir Johari adalah anak mantan Menteri Pendidikan Malaysia yang juga salah seorang pengasas UMNO, Mohamed Khir Johari namun memilih perjuangan politik berbeza sejak 2010.

Zairil merupakan ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP dan penulis ruangan di portal The Malaysian Insider.