KEJAM ! Model Dibunuh Lalu Dicampak Dalam Longkang [4 Gambar]


Seorang wanita yang ditemui mati sebelum dicampak ke dalam longkang telah dikenal pasti seorang model di ibu kota.Kejadian berlaku di Taman Sruling Jaya, Labu kira-kira dua hari lepas.

Mangsa, Cheok Hui Min, 22 yang berasal dari Ampang Kuala Lumpur dkatakan pernah menyertai pertandingan ratu cantik anjuran akhbar berbahasa cina awal tahun ini.



Menurut bapanya yang tinggal di Port Dickson, mangsa adam enghubungi beliau minggu lalu untuk bertanyakan khabar. Anaknya itu tinggal bersama-sama isterinya di Ampang selepas mereka berceai.

“Polis menghubungi saya kelmarin, memaklumkan penemuan mayat anak dan saya bergegas ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS). Saya percaya anak saya dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak dalam longkang.

“Ini kerana polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri, malah dompetnya juga hilang,” katanya di sini, semalam.'"

Berdasarkan kesan lebam pada leher dan luka di bahagian badan, mangsa mungkin dicekik dan bergelut sebelum dibunuh dan dicampak di kawasan terbabit.

Dia percaya polis akan dapat menangkap penjenayah tersebut dalam masa terdekat ini dan berharap agar balasan setimpal dijatuhkan kepada pembunuh anaknya itu.

Mayat mangsa ditemui di tepi jalan oleh sepasang suami isteri yang sedang riadah di sekitar kawasan itu kira-kira jam 7.30 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu mengeshakan bahawa kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.