Mana tak sejuknya kerana mengikut sumber dari Jabatan Meteorologi Kelantan/Terengganu, Kuala Krai di Kelantan merekodkan suhu sejuk terendah sehingga 17 darjah celsius semalam - rekod terendah suhu di Pantai Timur. Suhu di sekitar Besut pula turun kepada 19 darjah celsius pagi semalam - rekod suhu terendah di daerah itu.
Suhu 17 darjah celsius memang rendah, ia sama dengan suhu aircon yang biasa dipasang di pejabat dan di rumah. Patutlah kebanyakan orang Kuala Kerai sekarang terpaksa memakai baju sejuk (termasuk murid-murid dan guru-guru sekolah), mandi air panas dan malam terpaksa memakai selimut tebal seperti yang dilapor dalam akhbar, kerana suhunya sangat sejuk.
Mengikut Jabatan Meteorologi kesejukan melampau itu berpunca daripada luruan udara sejuk dari tanah besar China (kawasan bertekanan tinggi) bergerak ke Laut China Selatan yang biasa terjadi ketika Monsun Timur Laut.
Tapi mungkinkah keadaan sebegini akan menyebabkan salji turun di Malaysia seperti yang berlaku di Vietnam dan Laos baru-baru ini? (Dua hari lepas ada video mengenai salji turun di Indonesia yang rupanya cuma berita gempaq dan tipu!).
Kalau salji turun di Malaysia, Saya berharap salji pertama akan turun di Alor Setar kerana jarak antara negeri-negeri Utara dan Pantai Timur Semenanjung dengan Vietnam cuma antara 800 km - 1,000 km saja!
Tapi mengikut sumber Jabatan Meteorologi salji tak mungkin turun di Malaysia, kerana negara ini terlatak di garisan Khatulistiwa. Vietnam dan Laos yang terletak di selatan China kalau salji turun memang ada logiknya.
Apa pun, suhu terendah yang berlaku di banyak tempat di Malaysia patut kita jadikan iktibar tentang kekuasaan dan kebesaran Allah. Jika Dia mahu menurunkan salji di Malaysia, tiada siapa termasuk Jabatan Meteorologi dapat menghalangnya. Jika dulu Jabatan Meteorologi tak pernah meramalkan gempabumi akan menimpa Malaysia, kini kita sudah merasai tempiasnya. Begitu juga tsunami yang dulu cuma berlaku di Jepun, siapa menjangkakannya ia akan melanda Malaysia pada 2004 hingga menyebabkan lebih 70 orang meninggal dan lebih 400 cedera?
0 Response to "Salji Pertama Turun Di Malaysia!! - Berita Terhangat Di Malaysia "
Post a Comment