Selain itu turut tertulis di bahagian badan kiri ikan tersebut adalah ‘Muhammadur Rasulullah’.
Menurut Zainon Abdullah, 50, pada mulanya dia tidak menyedari perkataan dalam tulisan Jawi lama pada ikan dibelinya dengan harga RM5.60 itu.
“Ketika anak saya, Zaidi Zainuddin, 17, hendak menyiang ikan tersebut dia mendapati terdapat ayat-ayat ditulis dalam tulisan Jawi.
“Apabila cuba membaca ayat tersebut, saya tidak faham kerana tulisan tersebut seolah-olah menggunakan seni khat Jawi,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di rumahnya di Rancangan Rumah Murah (RRM) Kuala Pahang, semalam.
Katanya, dia cuba menghilangkan ayat tersebut, namun gagal walaupun dikikis menggunakan pisau.
“Saya kemudian meminta seorang anak saudara yang belajar bahasa Arab membacanya dan memberitahu bahawa ayat tersebut adalah nama-nama Allah serta beberapa ayat lain.
“Antara nama Allah yang saya ingat adalah al-Malik selain perkataan ‘Muhammadur Rasullah’. Menurut anak saudara saya ada empat nama Allah tetapi saya tidak berapa ingat,” katanya.
Tambahnya, ikan itu dibeli sewaktu pulang dari kerja dan hanya terdapat seekor ikan jenis itu di kedai tersebut.
Malah katanya, peniaga ikan itu juga tidak menyedari terdapat ayat-ayat di badan ikan tersebut.
Menurutnya, dia berhasrat untuk mengawet ikan tersebut untuk dijadikan kenangan.
“Saya juga tidak berhasrat menjualnya. Bukan mudah untuk jumpa ikan yang mempunyai ayat-ayat seperti ini. Setakat ini tidak ada lagi orang yang datang untuk membeli ikan tersebut dan saya tidak akan menjualnya,” katanya.
- Utusan Online
0 Response to "Subhanallah! Badan ikan tongkol tertulis nama-nama Allah di Pahang"
Post a Comment