"PESTA BUIH" SUDAH BERMULA!!!
Nampak gayanya, pesta puak - puak Parti Kecohkan Rakyat ni dah pun bermula hari ini. Lepas ni boleh la kita tengok kerusi terbang melayang - layang dihari pembuangan undi.
Apa pulak drama yang bakal disajikan oleh puak - puak PKR tu kepada rakyat Malaysia ni nanti? Wujud lagi ke "Tangan Ghaib" disebalik pemilihan tersebut?
Bakal ada jugak ke pengundi hantu yang angkat tangan untuk memenangkan calon - calon tertentu seperti yang pernah berlaku dikawasan Si Nurul Izzah tu sebelum ini?
Desas desus mengatakan bahawa pemilihan PKR kali ini bakal menyaksikan perang diantara Kroni - Kroni dan Proksi pihak tertentu. Nak pulak bagi jawatan tertinggi dalam parti.
Tumpuan utama sudah tentu diberikan kepada perebutan jawatan Timbalan Presiden dimana ianya bakal menyaksikan pertembungan epik diantara Khalid dan Azmin.
Khalid Ibrahim sebelum ini sudah pun membuat pengumuman kepada pihak media untuk bertanding bagi merebut jawatan tersebut dalam pemilihan kali ini.
Tapi, penyandang jawatan tersebut, Si Azmin Ali nampak gayanya masih lagi mendiamkan diri dan tak menyatakan sama ada dia nak terus kekal jadi Timbalan atau sebaliknya.
Konflik kepimpinan diantara Khalid dan Azmin bakal menjadikan pemilihan kali ini lebih menarik perhatian. Terutama dikalangan proksi dan juga kroni masing - masing.
Nak pulak bila ianya melibatkan pemilihan Ketua Wanita PKR dimana proksi dan kroni masing - masing sudah pun menyatakan hasrat mereka sebelum ini.
Pemilihan Ketua Wanita PKR berkemungkinan menjadi perang proksi apabila Timbalan Ketua Wanita Rodziah Ismail umum akan mencabar penyandangnya, Si Mak Lampir tu.
Walaupun tidak jelas kesetiaannya pada mana-mana kumpulan, kedudukan Rodziah sebagai Exco Selangor menyebabkan dia dilihat berada dalam kem Khalid Ibrahim.
Apa yang pasti, perang proksi dan kroni ni hanya demi kepentingan sesetengah pihak tertentu je. Bukannya untuk kelansungan perjuangan parti atau pun untuk menjaga Kebajikan Rakyat!!!
0 Response to ""PESTA BUIH" SUDAH BERMULA!!!"
Post a Comment