Punca Sebenar Pengarah Terkenal Syamsul Dikejarkan Ke Hospital

Punca Sebenar Pengarah Terkenal Syamsul Dikejarkan Ke Hospital | Kami ifahamkan pengarah terkenal Syamsul Yusof dikejarkan ke hospital pagi tadi menurut sumber akhbar Mstar Online. HM tertanya-tanya apa punca beliau dikejarkan ke hospital.. apa penyakitnya..? huhu apapun semoga Syamsul cepat sembuh.. baca penjelasan sebenar ibu Syamsul di bawah...


Hanya beberapa hari lagi sebelum melangsungkan perkahwinannya dengan Puteri Sarah Liyana, pengarah terkenal Syamsul Yusof dikejarkan ke hospital kerana disyaki menghidap penyakit demam denggi.

Menerusi mStar, ibunya, Datin Patimah Ismail memberitahu, dia membawa Syamsul ke hospital pagi Selasa selepas mengadu sakit kepala dan demam teruk sejak dua hari lalu.

"Saya bawa Syamsul ke hospital pagi tadi lepas dia mengadu sakit kepala dan suhu badan dia sangat panas. Pada mulanya saya ingat hanya demam biasa sahaja, tapi bila sudah dua hari demamnya semakin teruk, saya terus bawa dia ke hospital dan doktor syak ia mungkin demam denggi."

Tambah Patimah, buat masa ini doktor masih lagi membuat pemeriksaan lanjut selepas mengambil contoh darah anak lelakinya itu untuk mengetahui penyakit sebenar.

Sementara itu, Patimah memberitahu, Syamsul sempat berjenaka akan bernikah di hospital jika keadaannya masih belum sihat pada hari pernikahannya yang bakal berlangsung 8 Mac ini.

"Setakat ini doktor masih belum buat pengesahan rasmi tentang penyakit ini dan baru sahaja ambil darah untuk pemeriksaan lanjut. Syamsul juga ada berseloroh untuk bernikah di hospital jika keadaan belum sihat menjelang hari pernikahannya nanti."

Patimah turut meminta peminat turut mendoakan agar kesihatan anaknya kembali pulih secepat mungkin. Admin harap Syamsul kembali sihat secepat mungkin. Ramai peminatnya yang tidak sabar-sabar lagi beliau bersanding di atas pelamin.