[2 Gambar] Kenduri Anak Mat Said Dah Selesai, Sultan Mizan Tepung Tawar?

[2 Gambar] Kenduri Anak Mat Said Dah Selesai, Sultan Mizan Tepung Tawar? | Berikut merupakan gambar dan petikan dari sebuah laman facebook mengenai khabar perkahwinan anak bekas Menteri Besar Terengganu sebenarnya telahpun selesai. Bahkan dalam majlis perkahwinan tersebut, ianya turut dihadiri oleh Sultan Mizan. Ikuti petikan tersebut dibawah....



Kenduri Anak : Strategi Ahmad Said Tarik Simpati dan Calarkan Imej Datuk Najib Majlis Persandingan Anak Perempuan Ahmad Said Pada 10 Mei Dan Sultan Mizan Tepung Tawar - Drama Apakah Ini????Jika ini adalah sebahagian daripada strategi Ahmad Said untuk menarik simpati dan mewujudkan persepsi kejam atau zalim terhadap PM, maka strateginya berjaya...Strategi yang saya maksudkan adalah majlis kenduri perkahwinan anaknya.

Beliau sendiri telah tahu bila tarikh tamatnya jawatan beliau sebagai MB sebagaimana perjanjian beliau dengan PM. Namun kenapa beliau memilih tarikh mengadakan kenduri terlalu hampir dengan tarikh beliau tamat jawatan ?

Sebab itu bagi saya tidak mustahil ini adalah sebahagian daripada strategi beliau untuk tujuan seperti yang saya katakan diatas.



#Pening dengan dunia politik di Malaysia nih...