Puteri Dayana Buat Hal Lagi. Kini 11 Ustaz Popular Pula Jadi Mangsa


Dalam artikel sebelum ini admin telah kongsikan mengenai Ustaz Azhar Idrus Dihentam Oleh Ustazah Nur Puteri Dayana. Namun perkara tersebut tidak berakhir disitu sebaliknya beliau semakin menjadi-jadi.

Ustazah Puteri Dayana Buat Hal lagi. Nampaknya semakin hari semakin melampau dia ni. Yang peliknya ada juga manusia-manusia yang ikut dan sokong kenyataannya. Bayangkan dia boleh mengatakan 11 ustaz yang mempunyai ilmu agama yang tinggi menyebarkan ajaran palsu. Kalau semua Ustaz tak betul yang betul dia seorang jer la.

Ikuti info yang admin ambil dari wallnya:

Dengan ini saya NUR PUTERI DAYANA nak memohon maaf secara terbuka kepada saudara/tuan/encik/
AZHAR IDRUS
TM FOUZY
ABDULLAH KHAIRI
DON DANIYAL
SHARHAN SYAFIE
ZAINUL ASRI
ABU SYAFIQ
ZAMIHAN AL GHARI
HISHAM KABBANI
NAZRUL NASIR
SYAMSUL ZAMAN
====================
====================
@@@@@@@@@@@@
$$$
Kerana saya tidak boleh menerima hujah2 antum yang tidak mempunyai nas dan dalil yang sekadar menyatakan kata para ULAMA,IJMAK ulama,Jumhur ULAMA,ada dalam kitab,tanpa menyebutkan kitab apa,ulama mana dan yang paling penting Quran dan Sunnah tidakpun disebutkan apabila berbicara hal melibatkan agama islam.Qala Allah wa Qala Rasul itu penting dan ulama sekalipun wajib datangkan firman Allah dan sabda nabi s.a.w...

Saya juga MEMOHON maaf kerana sy secara PERIBADI tidak MELETAKKAN TITLE ULAMA & USTAZ pada antum.Ini peribadi saya...Yang lain silakan saja jika ingin memanggil demikian itu hak anda semua.Pada saya title ini tidak penting...Yang penting adalah hujah.Sy tidak melihat pun pada TITLE...

Sekalipun Mohd Hairi NonchiHafiz Firdaus Abdullah itu tiada title ustaz sekalipun namun hujah2 mereka jauh meninggalkan golongan2 USTAZ yang tidak berhujahkan Al Quran & Sunnah...

itulah yang dipostkan oleh beliau. Cuba bayangkan apa yang akan terjadi jika orang yang tidak mempunyai ilmu agama atau baru belajar agama pastinya akan rasa tertekan dan keliru dengan apa yang dikatakannya.