Johan Luah Rasa Bengang Terhadap Zizan Razak! | Sejak beberapa hari lepas, isu mengenai syarikat milik Zizan Razak dan rakan kongsinya panas bak goreng pisang panas. Mana tidaknya, baru-baru ini, rakan kongsi Wirefame Entertainment Sdn Bhd (WFE) , Marina Juki meluahkan rasa tidak puas hati apabila Zizan Razak membekukan akaun syarikat berkenaan sejak 4 Jun lalu yang mengakibatkan artis di bawah naungan syarikat itu mereka tidak menerima pendapatan bagi bulan Mei.
Isu ini terjadi selepas satu notis saman dikeluarkan terhadap salah seorang artis dibawah naungan syarikat itu, Emma Maembong kerana didakwat sengaja melanggar perjanjian yang telah ditandatangani sebelum ini.
Pelakon berbakat Johan Asari dan juga penyanyi Kaka Azraff yang juga antara artis Wireframe kecewa dengan tindakan Zizan Razak dan Johan ketika dihubungi menyifatkan tindakan Zizan itu sebagai penindasan terhadap mereka.
Johan Tak Dapat Beli Hadiah Hari Bapa
Johan As’ari kecewa kerana dia tidak dapat membantu melunaskan bil rawatan ibunya di hospital dan juga membelikan hadiah untuk bapa sempena Hari Bapa, baru-baru ini. Johan juga menambah, dia kekurangan wang untuk membantu bapanya selepas berpindah ke rumah baru. Dalam pada itu, Kaka juga menegur supaya perselisihan faham Zizan dengan rakan kongsinya tidak sepatutnya memberi kesan kepada artis di bawah naungan syarikat yang semakin dikenali itu.
Johan dan Kaka bercadang membuat laporan polis dalam masa terdekat ini. Sementara itu, Cha Cha Maembong ketika dihubungi berkata, dia tidak mahu masuk campur di atas masalah yang berlaku. Menurut laporan akhbar Harian Metro, pembekuan akaun dibuat pelakon dan pelawak terkenal itu tanpa mendapat persetujuan rakan kongsinya, sekali gus menyulitkan pengurusan syarikat untuk membayar pendapatan artis dan gaji pekerja.
Kami harap masalah ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan bukan berakhir seperti ini.