Siapa tidak marah jika ayahnya diperlakukan sedemikian rupa. Benar, mungkin beliau salah kerana terlanggar kereta wanita tersebut.
Namun, tidak wajar sekiranya beliau yang sudah tua diperlakukan sebegitu.
Menurut Robin Sim, anak kepada uncle mangsa buli jalanraya tersebut, tindakan wanita terbabit tidak wajar dengan mengambil "Steering Lock" dan memukul kereta ayahnya. Dan Robin Sim berharap wanita tersebut juga mendapat balasan yang sama.
Berikut merupakan luahan hati anak kepada uncle yang menjadi mangsa buli wanita Peugeot CDM25 terbabit.
Wanita yang mencetuskan kekecohan dengan melakukan kekerasan terhadap seorang pakcik setelah keretanya dilanggar dikenali sebagai Kiki Kamaruddin.
Beliau yang memandu kereta Peugeot CDM25 bertindak diluar batasan dengan mengugut dan menyerang kenderaan seorang lelaki yang melanggar keretanya.
Walaupun lelaki tersebut mengaku salah dan berjanji akan membayar kerosakan tersebut, wanita berkenaan seolah-olah hilang pertimbangan dengan membawa keluar steering lock dan mengetuk-ngetuk kereta lelaki tersebut.
Tindakan beliau dikecam pengguna media sosial walaupun pada dasarnya beliau tidak bersalah dalah hal sedemikian.
Rentetan dari peristiwa itu, wanita berkenaan kini menjadi mangsa troll di media-media sosial.
Kereta tersebut juga telah dikesan pemiliknya melalui nombor pendaftaran yang terlihat di dalam video tersebut. Berikut adalah pemilik kenderaan tersebut:
Sumber : Mazeer Mohammad