5 Foto Wajah Remaja 17 Tahun Paling Cantik Di Dunia ?


Foto 5 Gambar Wajah Paling Cantik di Dunia yang dinobatkan dari satu Pertandingan yang luar biasa. Rupa Parasnya yang cantik dan menawan, akhirnya melayakkan 5 peserta ini dinobatkan sebagai Pemenang dalam pertandingan tersebut sekaligus menjadi ia detik indah dan bagai satu titik mula atau batu loncatan bagi mereka untuk terus menempa nama di pentas dunia.

Cantik dan Unik. Sebenarnya Mereka ini bukan kecantikan wanita tulen tapi sebenarnya buatan yang telah dinobatkan sebagai Pondan Tercantik Di Dunia. Salah seorang dari mereka merupakanSupermodel Terkenal di Thailand yang bernama Nong Poy atau nama sebenarnya Treechada Nong Poy Marnyaporn yang mula menjadi terkenal setelah menyertai pertandingan Ratu Cantik Miss Tiffany's pada tahun 2004. Jika dibandingkan dengan Gadis Barbie Doll Indonesia, nampaknya Nong lebih mengghairahkan.

Sejarah dirinya pula sangat unik, ini kerana pada asalnya Nong Poy lahir di Phang Ngai,Thailand pada 5 Oktober 1986 sebagai seorang lelaki bersama keluarga bahagia. Akan tetapi, keadaan keluarga tersebut tidak dapat membendung dirinya daripada berkeinginan untuk menjadi seorang wanita kerana beliau merasakan yang tuhan menciptakan dirinya di badan yang salah.

Walaupun kecewa dengan kenyataan yang harus diterima,ini tidak menghalang diri Nong Poy untuk meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun terpaksa berpura-pura menjadi seorang lelaki didepan kedua ibubapanya.Walaupun hanya untuk sementara waktu sahaja.

Setelah mencapai usia 17 tahun, Nong Poy memberanikan diri untuk melakukan pembedahan pengubahan jantina bagi memenuhi impian yang diimpikan sejak kecil lagi iaitu menjadi seorang perempuan.

Walaupun terpaksa menanggung kesakitan yang teramat sangat dan terpaksa mengeluarkan wang yang banyak,namun semua itu terpaksa dilupakan demi mengejar impian tersebut.






Dari ketabahan dan penderitaan proses ubahsuai, siapa sangka akhirnya,pembedahan itu berjaya mengubah dirinya daripada seorang lelaki menjadi seorang perempuan yang jelita. Berikut merupakan hasil daripada pembedahan tersebut yang bertahan sehinggalah ke hari ini.