Foto yang diberi tema 'Wrong Turn' menampilkan beberapa model lelaki yang seolah-olah memegang secara paksa seorang model wanita di dalam sebuah bas.
Foto tersebut kemudiannya mendapat kecaman umum kerana seolah-olah menampilkan situasi rogol beramai-ramai di dalam bas.
Isu ini bagi rakyat India amat sensitif kerana tahun ini sahaja terlalu banyak kejadian tersebut berlaku di negara tersebut.
Ramai pengguna media sosial mengutuk tindakan jurufoto tersebut dan menganggap beliau tidak sensitif dan menghina mangsa-mangsa rogol tersebut.