Sari Yanti Enggan Ulas Lanjut Kisah Rumah Tangga


Pelakon Sari Yanti mengakui tidak membenarkan dua orang anaknya iaitu Barr Al Aliy,4, dan Basit Al-Haq, 3 untuk melibatkan diri dalam dunia lakonan kerana umur yang masih kecil.

Menurut Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Binti Mohamad Nazari, faktor usia adalah punca utama mengapa dia tidak mengalakkan anak-anaknya menceburi dunia lakonan.

“Saya kalau boleh tidak mahu anak-anak libatkan diri dalam dunia lakonan. Mereka terlalu kecil dan sudah tentu kepenatan untuk ke sekolah keesokan harinya. Saya tidak menghalang, cuma faktor usia yang masih kecil tidak sesuai untuk mereka melibatkan diri dalam dunia lakonan,” ujarnya kepada Astro Gempak.

Sementara itu, ditanya mengenai masalah rumah tangga yang dihadapinya baru-baru ini, Sari Yanti ternyata tidak mahu menggulas lanjut mengenai kes tersebut secara terbuka namun mengakui kehidupannya semakin baik dan bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan.

“Alhamdulillah semuanya baik sahaja. Saya bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Tiada apa yang perlu saya ulas tentang perkara tersebut,” jelasnya ringkas kepada Astro Gempak.

Sari Yanti ditemui ketika menghadiri majlis sidang media Anugerah Lawak Warna 2014 di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Bersama syarikat produksinya, Mediaglo yang diusahakan bersama pelakon Farish Aziz, Intan Ladyana dan Tam mereka berempat telah tercalon menerusi kategori Skrip Komedi Tv Terbaik menerusi drama Pengancam Perkahwinan.

Sebanyak 15 kategori dipertandingkan, tiga anugerah popular dan dua anugerah khas juri bakal menjadi rebutan.

Dengan Sinar FM sebagai radio rasmi, Anugerah Lawak Warna 2014 bakal dianjurkan pada 19 September bertempat di Teater Selangor , Shah Alam dan dihoskan oleh Dato’ Ac Mizal menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).astrogempak.com.