Nampaknya, pasangan paling sensasi di industri hiburan negara, Rozita Che Wan dan Zain Saidin tidak pernah sering memuatnaik foto-foto kontroversi di laman sosial.
Jika sebelum ini mereka dikecam dan dikritik peminat kerana berkongsi memuatnaik foto seakan-akan sedang bercium di depan Effiel Tower, Paris, semalam pula portal ohbulan menerima sekeping foto yang memperlihatkan kesan lebam pada bahagian belakang Zain Saidin.
Foto penuh tanda tanya itu disertakan dengan kapsyen ringkas yang berbunyi :
"Apabila Rozita Che Wan buat love bite #bekam"
Apapun, kapsyen yang dimaksudkan Zain Saidin itu hanya guraun semata-mata kerana tanda love bite yang ada pada tubuhnya sekadar bekas rawatan bekam yang mungkin dilakukan sendiri oleh Rozita Che Wan terhadap suami kesayangannya itu.