Majlis yang dihadiri keluarga dan tetamu yang terdekat ini telah dijalankan di Kediaman Erin sendiri di Duta Suria Residency, Ampang.
Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah RM 10,000 dan wang hantaran sebanyak RM 30,000. Pihak lelaki memberi 7 dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas 9 dulang.
Pasangan ini juga telah memilih Los Angeles, Amerika Syarikat sebagai tempat berbulan madu sebelum sibuk dengan lakonan dan perniagaan masing-masing sambil memulakan kehidupan mereka bersama buat pertama kali.
Sekalung tahniah buat pasangan Erin Malek dan suami, Mohamed Farriz kerana telah menjadi pasangan suami isteri yang sah, dan kami di Rotikaya mendoakan agar pasangan ini berkekalan dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah.