Pengasuh Di Dakwa Dera Kanak-Kanak | Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun pada Selasa lalu.
Noor Faezah Said, 39, didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Flat Seri Pinang di sini pada kira-kira 10 pagi, 28 Okt lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Mengikut kertas pendakwaan, kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan tangannya diikat di belakang badannya manakala kakinya diikat dengan tali.
4 Gambar - Ibu Terkejut Lihat Anak Di Ikat Kaki Tangan Di Rumah Pengasuh
Tiada pengakuan dicatatkan di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab, yang menetapkan 5 Disember depan untuk sebutan kes bagi membolehkan tertuduh mendapatkan khidmat peguam.
Terdahulu, ketika merayu jaminan yang lebih rendah, tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia mempunyai lapan anak untuk disara.
Muhammad Firdaus kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Fairuz Rahman.
Related Posts :
PENGAKUAN: Isteri Curang Berz1na Dua Kali Sehari Dengan Majikan!!
Rasa curiga seorang suami selepas permintaan melakukan hubungan #ke-lamin ditolak isteri, membongkar rahsia perbuatan ji-jik wanita terba… Read More...
(5 GAMBAR) DUTCH LADY BUAT HAL LAGI , KALI INI LEBIH MEMUALKAN!!
Kali ini terjadi lagi ,Memang sekali pandang , Ya Allah . Terkena pula pada pekerja aeon sendiri ,jadi pengurusan harus ambil tinda… Read More...
Isteri Juruterbang Iaitu Kapten Zaharie Ahmad Shah Akhirnya Bersuara
Faizah Khan memberitahu dua wartawan New Zealand yang menulis buku berkenaan kapal terbang hilang itu, suara semasa ucapan terakhir dar… Read More...
Kes Firdaus: Gaji Bersih Ibunya RM1,549.38 Sebulan
Kuala Lumpur – Majikan kepada Lola, 40, ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, mendakwa wanita terbabit tidak … Read More...
SEDIH... INILAH PUNCA SEBENAR PENGANTIN MENINGGAL 3 JAM SEBELUM MAJLIS BERSANDING
Sebelum ini, ramai yang membuat spekulasi pengantin perempuan yang meninggal dunia 3 jam sebelum majlis persandingan telah dicabut nyawany… Read More...
0 Response to "Pengasuh Di Dakwa Dera Kanak-Kanak"
Post a Comment