Manila - Bekas ahli kumpulan Sexbomb Girls, Kristel Moreno, mengaku beliau tidak memakai seluar dalam ketika menyarungkan gaun hitam pada majlis Star Magic yang ke-8 Sabtu lalu.
Ketika ditemuramah secara langsung di majlis tersebut, pelakon berusia 23 tahun itu ditanya sama ada beliau memakai seluar dalam atau tidak di sebalik gaunnya yang jarang, beliau dengan bangganya menjawab, 'Saya tidak memakai apa-apa...'
Bekas bintang filem kanak-kanak itu juga menerima kritikan yang hebat gara-gara pakaian tersebut malah dilabelkan sebagai 'Worst Dressed' pada majlis tersebut yang berlangsung pada 6 September lepas di Makati Shangri-La Hotel.