Borang Permohonan BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0



Borang permohonan BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia. BRIM 4.0 seperti yang diumumkan dalam bajet 2015, kadar bayaran BRIM 2015 telah dipertingkat dan diperluaskan. Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, bayaran BRIM dinaikkan dari RM650 kepada RM950. Manakala bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 bayaran ditingkatkan dari RM450 kepada RM750. Bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar BR1M dinaikkan daripada RM300 kepada RM350. Berikut adalah maklumat penting mengenai cara permohonan atau pendaftaran BR1M 4.0 tahun 2015.


Borang Permohonan BR1M 4.0 Tahun 2015 Online
permohonan
Terkini: Permohonan Online BRIM 4.0 tahun 2015 ki dibuka mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014. Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. Bagi pemohon baru, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian (Online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2015 secara percuma.

Cara Panduan Permohonan Baru BR1M 2015 (Pemohon Baru/ Pendaftaran Baru)

Cara Panduan Kemaskini BR1M 2015 (Pemohon Berdaftar)

Panduan Grafik Cara Permohonan Baru BR1M 2015
1. sila layari: https://ebr1m.hasil.gov.my/ dan klik tab pada permohonan baru


2. Sila masukkan nombor kad pengenalan (bagi pengguna baru)

3. Isi maklumat peribadi termasuk Bahagian A dan Bahagian B

4.  Masukkan kod pengesahan dan klik hantar

5. Klik Hantar Permohonan
6. Permohonan anda telah berjaya diterima

Senarai Bank Yang Terlibat Dengan Pembayaran BR1M 2015
senarai-bank

Contoh Surat Arahan Kemaskini BR1M 2015 (Pemohon Berdaftar)
surat-kemaskini-brim

Syarat Kelayakan BR1M 4.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia  2015
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 Tahun Keatas
  • Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000 dan Kebawah
  • Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000- RM4,000
  • Individu Bujang 21 tahun keatas yang Bekerja dan Berpendapatan Bulanan RM2,000 dan kebawah
Kadar Bayaran BRIM 4.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015
Pendapatan Isi Rumah dibawah RM3,000: RM950
  • RM950: Bayaran ansuran sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September 2015.
Pendapatan Isi rumah bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000: RM750
  • RM750: Ansuran RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 juga akan dibayar mulai September.
Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan: RM350
  • RM350: Kadar BR1M dinaikkan daripada RM300 kepada RM350. Bantuan akan dibayar sekali gus pada bulan Januari 2015.
br1m-2015

Bonus Skim Khairat Kematian
Kerajaan juga akan menggantikan skim insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang telah diperkenalkan sebelum ini kepada Skim Khairat Kematian yang akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun.

Semakan Keputusan BR1M 4.0 Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2015
Semakan keputusan BRIM 4.0 2015 boleh dibuat mulai Bulan Januari 2015 menerusi talian Hotline BR1M 1-800-88-2716 atau menerusi emel: br1m@treasury.gov.my atau dipejabat LHDN yang berdekatan.

Cara Semakan Result BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0

Tarikh Pembayaran BR1M 4.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015
Pendapatan Isi Rumah dibawah RM3,000: RM950
  • Ansuran pertama: RM300 pada 28 Januari 2015
  • Ansuran kedua: RM300 pada 28 Mei 2015
  • Ansuran Ketiga:RM 350 pada 28 September 2015
Pendapatan Isi rumah bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000: RM750
  • Ansuran pertama: RM200 pada 28 Januari 2015
  • Ansuran kedua: RM200 pada 28 Mei 2015
  • Ansuran Ketiga:RM 350 pada 28 September 2015
Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan: RM350
  • Pembayaran sekaligus: RM350 pada 28 Januari 2015

0 Response to "Borang Permohonan BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0"

Post a Comment