Apa Salah Anak Saya - Kata Che Ta Apabila Aaisyah Dhia Rana Jadi Mangsa [3 Gambar]



Satu kes fitnah telah berlaku kepada baby comel Rozita Che Wan (Che Ta) apabila Aaisyah Dhia Rana dikatakan merupakan bayi buangan.

Kejadian itu berlaku apabila warga Indonesia memuatnaik gambar baby Aaisyah Dhia Rana dan mengatakan bayi ini dibuang ibunya dan sedang dirawat. Gambar ini telah mengundang simpati dan menjadi viral di Indonesia.

Ternyata Rozita Che Wan berang dengan berita palsu tersebut. Zain Saidin juga dilihat sedih dan kecewa sehingga menyebabkan dia tidak membenarkan Aaisyah Dhia Rana terlibat di dalam industri hiburan.





Ini kata Che Ta (mStar)

"Biadap sungguh individu itu sehingga sanggup buat kerja merapu.

"Apakah salah anak saya sehingga wajahnya digunakan dengan status sedemikian? Mereka ini adalah orang yang tidak berhati perut!,"

"Daddy dia tak bagi jadi artis. Kami jadi selebriti pun kerana kebetulan.

"Bukannya tidak elok jadi artis, Alhamdulillah hidup senang tetapi apabila diri terlalu terdedah, dunia artis boleh ke arah negatif tanpa sedar. Seperti yang telah berlaku pada kami sekarang ini

0 Response to "Apa Salah Anak Saya - Kata Che Ta Apabila Aaisyah Dhia Rana Jadi Mangsa [3 Gambar]"

Post a Comment