Bekas pengurus Zizan Razak hari ini berjaya memperoleh perintah injunksi sementara untuk menghalang pelawak dan pelakon itu daripada menandatangani sebarang kontrak baharu dan membuat sebarang endorsement dengan stesen televisyen berbayar, Astro atau mana-mana produksi lain sehingga injunksi kekal didengar.
Injunksi sementara secara ex-parte (sebelah pihak) itu dikeluarkan oleh Hakim Hassan Abdul Ghani di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Perkembangan kes itu dimaklumkan kepada pemberita oleh peguam Harjit Singh Sandhu yang mewakili Marina Juki selaku pihak plaintif.
Harjit berkata, mahkamah akan memutuskan pada 6 Mac ini sama ada untuk membenarkan permohonan Marina bagi mendapatkan injunksi kekal atau sebaliknya.

Pada 5 November tahun lalu, Marina memfailkan saman ke atas Zizan yang dinamakan sebagai defendan tunggal di Mahkamah Sesyen atas dakwaan pelawak terbabit telah menandatangani kontrak dengan syarikat televisyen berbayar itu sebelum kontrak bersama Wire Fame Entertainment Sdn. Bhd. tamat. Sumber
Related Posts :
Artis Bermimpi Meninggal Dunia, Dikafankan, Akhirnya Menjadi RealitiKematian itu memang pasti. Tidak lambat atau mahupun cepat sesaat. Namun begitu, bilakah kita akan mati itu hanya akan meninggal persoalan u… Read More...
Dapat Hidayah! Gambar Rebecca Al-Islam yang kini berhijab sejak menunaikan ibadah Umrah di Mekah (3 Gambar)Satu lagi perubahan positif di kalangan artis tempatan. Walaupun banyak isu kontroversi yang melanda artis ini termasuklah isu saman Erma Fa… Read More...
Mat Said, MB Terengganu bengang gambar dipeluk Neelofa tersebarDunia internet sememangnya bebas dan luas untuk membuat carian apa sahaja maklumat, gambar, video dan lain-lain. Pastinya, penyalahgunaan et… Read More...
WTF - Keith Foo : Suka Duka Jejaka Hensem. (Gila Gay Ayat Aku)Gila gay posting harini.. Cerita kisah jejaka cina yang menjadi pujaan gadis melaya... This post only for gurly.. BTW, im not gay! … Read More...
5 Gambar Neelofa Pakai "Baju Renang" di Anugerah Meletop Era ?Ketika berlangsungnya Anugerah Meletop ERA Astro 2014, pastinya tumpuan adalah kepada Neelofa, salah seorang pengacara bagi A… Read More...