Butterworth – Gempa bumi dengan kekuatan 8.3 skala Richter yang dilaporkan berlaku di Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat pada jam 8.49 malam waktu Malaysia sebentar tadi turut menggegarkan beberapa kawasan di Pulau Pinang.
Berdasarkan laporan MetMalaysia, gegaran tersebut mungkin dirasai di Shah Alam, Subang dan Klang di negeri Selangor.
Namun tiada ancaman tsunami dikeluarkan untuk Malaysia.
Menurut salah seorang penduduk yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi berkata, antara bangunan tinggi yang merasai gegaran itu ialah Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di Georgetown yang menempatkan pejabat-pejabat kerajaan dan kompleks membeli-belah.
Sementara itu, media republik berkenaan melaporkan bahwa amaran tsunami sudah dikeluarkan di kawasan gempa.
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia mengingatkan penduduk di Sumatera Barat, Sumatera Utara, Aceh, Bengkulu dan Lampung untuk berwaspada.
Setakat ini belum ada laporan mengenai kemusnahan harta benda atau kehilangan nyawa.


Related Posts :
Wartawan Dan Blogger Terkenal, Mazidul Akmal Sidek Koma, Masuk Hospital PMC
Wartawan Dan Blogger Terkenal, Mazidul Akmal Sidek Koma, Masuk Hospital | Menerusi Portal Media Hiburan hari ini, Wartawan dan Blogger ter… Read More...
(5 GAMBAR) DUTCH LADY BUAT HAL LAGI , KALI INI LEBIH MEMUALKAN!!
Kali ini terjadi lagi ,Memang sekali pandang , Ya Allah . Terkena pula pada pekerja aeon sendiri ,jadi pengurusan harus ambil tinda… Read More...
SEDIH.. Dukung Adik Selepas Ditinggal Di Tepi Jalan
Baca cerita ni adalah peringatan kepada ibu2, mak2 mommies semua.. tolong lah.. tolonggggg lah jangan tinggalkan anak dalam kereta, k… Read More...
Isteri Juruterbang Iaitu Kapten Zaharie Ahmad Shah Akhirnya Bersuara
Faizah Khan memberitahu dua wartawan New Zealand yang menulis buku berkenaan kapal terbang hilang itu, suara semasa ucapan terakhir dar… Read More...
Punca Sebenar Lelaki Meninggal Di Bazar Ramadan [3 Gambar]
Putrajaya – Seorang kakitangan di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Muhammad Kamal Salleh Hodin meninggal dunia selepas terhantuk … Read More...
0 Response to "Subhan'Allah..!!! Ledakan Gempa Tsunami Mengegarkan Pulau Pinang Sebentar Tadi"
Post a Comment