Pergh.!!! Lepas 3 Hari Buat 'KERJA GILA' Depan Rumah Shah Rukh Khan, Akhirnya Shah Rukh Khan Setuju Jumpa Gadis Ni


Mumbai – Seorang peminat fanatik Shah Rukh Khan (SRK) membuktikan bahawa dia merupakan seorang peminat setia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk bertemu dengan King Khan kegemarannya.

Peminat tersebut, Mutiara Ulfa Herlita bertolak dari Indonesia ke India bersama-sama seorang rakannya semata-mata mahu memenuhi hasrat untuk bertemu dengan bintang itu.

Menurut Mutiara, dia menunggu di luar rumah SRK selama tiga hari dengan memegang sepanduk yang merayu supaya SRK datang bertemu dengannya.

Malah, dia juga tidak berputus asa menghantar tweet kepada SRK supaya bertemu dengannya kerana dia tidak akan kembali ke Indonesia selagi tidak bertentang mata dengan SRK.

Menurut Mutiara, konsul besar Indonesia di Mumbai juga telah membenarkannya bermalam di pejabat mereka setelah mengetahui tujuan sebenar dia berada di India.

Akhirnya, impian yang sudah lama diinginkan tercapai juga apabila SRK membalas tweetnya dan bersetuju akan bertemu Mutiara di pejabat konsulat tersebut semasa dalam perjalanannya ke tempat kerja.

Pada 18 Mei lalu, Mutiara telah memuat naik sekeping gambar berpelukan bersama bintang kesayangannya itu.

“Seperti cerita dongeng… Ia selalu berakhir dengan penghujung cerita yang indah.. Terima kasih kerana mendengarkan ceritaku, Shah Rukh Khan,” tulisnya di Twitter.

0 Response to "Pergh.!!! Lepas 3 Hari Buat 'KERJA GILA' Depan Rumah Shah Rukh Khan, Akhirnya Shah Rukh Khan Setuju Jumpa Gadis Ni"

Post a Comment