Siapa sangka walaupun sudah berusia 63 tahun, masih ada yang berminat untuk ‘membeli’ wanita ini yang ‘dijual’ oleh suaminya kepada rakan yang berusia 61 tahun.
Lelaki yang berusia 69 tahun menawarkan harga RM20 sahaja untuk rakannya melakukan persetubuhan dengan isterinya.
Pada mulanya, rakan suami mangsa datang ke rumah mangsa atas jemputan suami mangsa untuk mengurut badan mangsa. Namun mangsa tidak mahu, namun dipaksa oleh suaminya masuk ke dalam bilik tidur untuk diurut.
Mangsa mengikut sahaja kemahuan suaminya yang didakwa panas baran itu. Mangsa masuk ke dalam bilik tanpa berpakaian dan disuruh oleh rakan suami mangsa baring dan rakan suami mangsa mula mengurut di bahagian kaki.
Bermula dari bahagian kaki, akhirnya rakan suami mangsa melakukan persetubuhan dengan mangsa secara paksa katanya.
Ingatkan suami mangsa menunggu di luar bilik, rupa-rupanya suaminya menghendap dari hujung katil untuk menyaksikan ‘upacara jual beli’ isterinya yang dijual kepada rakannya.
Mangsak mendakwa kejadian yang berlaku di Kuala Nerang, Kedah ini berlaku sebanyak dua kali dan suami mangsa akan mendapat ganjaran sebanyak RM20 untuk sekali persetubuhan semua ini disebabkan nak main judi.