Student UM ajak semua rakyat Malaysia turun himpunan malam ini

Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) menggesa seluruh rakyat tanpa mengira agama dan bangsa agar turun menyertai Himpunan Bantah Kos Sara Hidup pada malam tahun baru malam ini, samnil menegaskan ia bukan untuk mengguling kerajaan sebagaimana didakwa.
Presiden PMUM, Muhammad Kamarul Setapa (gambar) dalam kenyataan medianya berkata, himpunan ini adalah manifestasi kemarahan rakyat terhadap kenaikan barang keperluan rakyat atas alasan ‘memperkukuhkan ekonomi’.
Bagi beliau, respon pihak kerajaan berkenaan isu kenaikan harga barang cukup mengecewakan dan dilihat seperti memperbodoh-bodohkan rakyat yang dalam kesusahan.
“Oleh itu, sekali lagi saya menyeru mahasiswa, anak muda, dan rakyat Malaysia supaya turun bersama-sama rakyat ke Himpunan Bantah Kos Sara Hidup pada hari ini,” katanya.
Ini adalah kenyataan terbuka yang kedua dari persatuan pelajar universiti tempatan, selepas kenyataan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (SRC-UIAM).
Sebelum ini, pemimpin pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga Presiden Gabungan Pelajar Islam Malaysia (Gamis), Nor Azan Safar, ditahan polis kerana didakwa mendalangi perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan.
Fenomena ini dilihat oleh aktivis pelajar 1970an, Hishamudin Rais, sebagai tanda kebangkitan pelajar.
“Pemikiran generasi muda telah berubah sejak pilihan raya umum lalu. Tentangan dilakukan secara terbuka meskipun diancam akan ditangkap, mereka tetap berkeras untuk hadir.
“Saya lihat semangat 74 telah kembali. Kita menunggu selama 40 tahun dan ia kembali sekarang,” katanya kepada The Malaysian Insider sebelum ini.
Kalau kebangkitan rakyat tahun 1970an dulu kerana kemiskinan rakyat di Baling, kali ini, isu kenaikan harga barang. Ketika itu pelajar Universiti Malaya adalah juara kegiatan pelajar.
Kali ini, nama Univerti Malaya bergema lagi.
“Sesungguhnya kenaikan harga barang yang begitu mendadak dikala rakyat terhimpit dengan hutang isi rumah yang tinggi terutama hutang pinjaman perumahan dan pinjaman kereta hasil dari polisi yang tempang menjerut leher rakyat,” kata Kamarul dalam kenyataannya.

Laporan Asal Suarainsan

0 Response to "Student UM ajak semua rakyat Malaysia turun himpunan malam ini"

Post a Comment