Serius : Gadis Dara vs Gadis Tak Dara. Dan Juga Teruna

Mr K jiwang?

Isu dara dan tidak, yang tiada penghujung.
Isu ini di bangkitkan oleh housemate aku serta A.M.F.Y. (classmate aku)

Kajian yang aku dah lakukan dalam range UniKL Micet dan kawan YM aku.
Result
Couple = Love = Sex?

Experiment 1
 (Survey 1)
A * : 50% lelaki tak sanggup mencintai perempuan yang telah tak dara.
B* : 40% lelaki tak kisah dan boleh mencintai gadis yang dah tak dara.
C* : 10% Tak tahu.
  • 70% daripada A* adalah lelaki teruna.
  • 75% daripada lelaki yang tergolong dalam B* adalah lelaki tak teruna.
  • 100% daripada C* adalah tidak teruna
  • 35% Lelaki tak teruna tak boleh terima perempuan tak dara.
Dan, dalam semua percent di atas, 85% tak boleh terima jika dia dapat tahu yang aweknya yang disangkakan masih dara rupanya telah tak dara. Lebih-lebih lagi jika awek yang dia bakal couple itu ada muka yang baik, bertudung, lemah lembut dan sopan santun. Dengan kata lain, adalah kesilapan besar jika seorang gadis tu memberitahu yang dia tak dara hanya selepas dia couple dengan seseorang lelaki.
Experiment 2 (Survey 2)
Kahwin dan nikah, dua benda berbeza.

Isu teruna.
A** – 100% perempuan boleh terima lelaki yang tak teruna .
B **- 20% perempuan dara rasa jijik dengan lelaki yang tak teruna. Manakala perempuan dara selebihnya tak kisah.
  • 40% daripada A** boleh terima dengan syarat lelaki tu dah tak buat maksiat tu.
  • 100% perempuan tak dara boleh terima lelaki tak teruna tanpa syarat. Weird kan?
Experiment 3
Klik untuk tumbesaran

Kajian di sebuah forum yang dilakukan oleh aku. Click SINI untuk lihat screen shot. Nak url forum tersebut, sila YM aku.
Poll;
1. Perempuan dara boleh terima lelaki tak teruna. Tetapi lelaki teruna tak blh terima perempuan tak dara.
Betul (64.53%)
Salah (35.48%)

2. Lelaki tak teruna bila nak kahwin, mesti cari perempuan dara
Betul (75%)
Salah (25%)

3. Lelaki akan terkilan jika dapat tahu awek dia yang baik, bertudung dan lemah lembut itu dah tak dara. Tetapi tak kisah andai kata lelaki tu dah tahu sebelum couple.
Betul(71%)
Salah(29%)
Punca?

Experiment 4 (survey 4)

95% daripada keseluruhan perempuan, hilang dara kepada boyfriend.
Ramai gadis mudah termakan pujuk rayu Si Lelaki. Sebab perempuan terlampau setia. Dieorang pandai, tapi tak bijak.

55% daripada keseluruhan lelaki, hilang teruna kepada girlfriend.
45% lagi hilang teruna kat kawan or perempuan jalanan mungkin? Fikir-fikirkan lah.
Kesimpulan
Majority lelaki mahukan gadis dara walaupun lelaki tu tak teruna.
Majoriti gadis dara nak couple/kahwin/terima lelaki yang dah tak teruna.
Note
100% dari yang sertai survey aku ni hilang dara/teruna dengan rela.
Isu rogol tak termasuk dan ia sememangnya tak ada.
Lelaki, dia tau diri dia teruk dan jahat, dia still nak cari bakal isteri yang baik.
Perempuan pula, tak kisah langsung. Kenapa? Mungkin kerana dah jadi ‘kebiasaan’ atau lebih mudah, dipanggil ‘normal’. Bak kata org zaman skrg “ normal lah lelaki dah tak teruna”.
Bear in mind
Dara – tidak pernah melakukan sex dengan lelaki.
Teruna – tak pernah melakukan sex dengan perempuan. Selain daripada itu, tak dikira.

Ini kajian, bukan fakta. Aku ulang, kajian. Dan nak cari perempuan yang mengaku dah tak dara gila la susah.

0 Response to "Serius : Gadis Dara vs Gadis Tak Dara. Dan Juga Teruna"

Post a Comment