Aksi Cium Manja Artis Bercuti Di Bangkok Yang Menarik Perhatian


Di mana ada dia di situ ada pasangannya, bagai belangkas! Keakraban penyanyi ini bersama pasangannya amat diketahui peminat setia penyanyi ini melalui laman sosial instagram beberapa keping gambar sedang bercuti bersama isterinya telah dimuat naik.

Melalui gambar tersebut dikhabarkan pasangan sejoli ini baru saja pulang dari bercuti di Bangkok. 

Apa yang menarik perhatian adalah bagaimana Black melayan isterinya yang hamil dan kini sudah mula memasuki trimester kedua.

Bukan itu saja, isterinya turut menunjukkan kemesraan bersama dan baby bump turut semakin kelihatan.


Rata-rata peminat turut memuji Black dengan kebahagian rumah tangganya kini.

Kasih sayang Black kepada isterinya tidak perlu dipertikaikan lagi kerana seperti diketahui umum dia turut telah mengabadikan lagu “Takkan Terpisah” ditujukan khas kepada isterinya.

Peminat yang mengikuti perkembangan penyanyi ini turut mendoakan kebahagian pasangan ini berpanjangan