FOTO TERKINI EMMA MAEMBONG BUAT RAMAI PEMINAT TERKEJUT


Kekasih kepada pelawak, pelakon dan pengacara terkenal Zizan Razak iaitu Emma Maembong membuat kejutan terbesar di industri hiburan tempatan apabila melakukan perubahan mendadak kepada cara penampilanya.

Jika aktres jelita itu dulunya semakin selesa bertudung dan mengenakan pakaian longgar dan tidak menjolok mata, kini terdapat satu lagi penampilan beliau yang menarik perhatian ramai penggiat-penggiat forum.


Perubahan tersebut ialah keterbukaan Emma untuk mula belajar memakai purdah, sesuatu yang jarang berlaku di kalangan artis wanita tempatan. Setahu kami, hanya Abby Abadi sahaja yang pernah berjinak-jinak berpurdah namun kini giliran Emma pula.

Perkembangan terbaru ini pastinya satu khabar gembira buat seluruh peminat pelakon berusia 22 tahun itu. Katanya, dia hanya memakai purdah pada masa-masa tertentu sahaja mengikut keselesaannya.