Bekas Presiden Afrika Selatan - Nelson Mandela Meninggal Dunia



[SH] JOHANNESBURG - AFRIKA SELATAN. Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela meninggal dunia, di rumahnya di sini, semalam kerana jangkitan paru-paru yang dihidapinya.

Beliau meninggal dunia pada usia 95. Pengumuman mengenai berita kematian tersebut dibuat oleh Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma. "Pengasas demokrasi negara kita, telah pergi secara aman. "Negara kita telah kehilangan seorang insan yang sangat berharga.
Rakyat kita kehilangan seorang ayah," kata Zuma.

Mandela mula jatuh sakit Jun lalu dan sejak dimasukkan ke hospital, keadaannya semakin kritikal sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital di Pretoria.

Media melaporkan, Mandela mengalami isu kesihatan dan terpaksa berulang-alik ke hospital dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. 

0 Response to "Bekas Presiden Afrika Selatan - Nelson Mandela Meninggal Dunia"

Post a Comment