Info: 8 Rahsia Di Sebalik Air Kosong

Rahsia Di Sebalik Air Kosong


Air Kosong mempunyai pelbagai rahsia. Pengambilan air kosong secukupnya, i.e sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari mampu untuk memanjangkan usia kita kerana ianya memelihara kesihatan tubuh kita dengan baik. 

Air Kosong & Madu Amalan Rasulullah s.a.w.


Sebenarnya minum air kosong adalah merupakan salah satu kegemaran Rasulullah s.a.w. Baginda selalu mengambil air kosong yang dicampur dengan madu. Ia adalah amalan harian baginda.

Dari segi ilmiah, lebih kurang 80% tubuh manusia adalah terdiri dari air. Otak dan darah adalah dua organ penting yang mempunyai tahap air melebihi 80%. Otak mempunyai komponen air sebanyak 90%, manakala darah mempunyai komponen air sebanyak 95%. 

Air Kosong Elakkan Darah Kental


Oleh itu kandungan air yang cukup amat diperlukan untuk menggantikan cecair yang keluar dari tubuh melalui air kencing, peluh dan pernafasan untuk memastikan otak dan darah kita berfungsi dengan baik. Kekurangan air dalam darah amat berbahaya pada tubuh. Darah akan menjadi kental. Akibatnya perjalanan darah sebagai penghantar oksigen dan unsur makanan boleh terganggu.

Darah yang kental akan melalui ginjal yang berfungsi sebagai penapis atau penyaring racun dari darah. Ginjal manusia mempunyai penapisan yang amat halus. Jadi sekiranya darah kita kental maka ia perlu bekerja dengan lebih keras. Tak mustahil ginjal kita akan rosak.

Air Kosong Tingkatkan Fungsi Otak


Perjalanan darah yang kental juga akan terhalang semasa melalui otak. Sel otak paling banyak mengambil makanan dan oksigen yang dibawa oleh darah.  Jika tidak mendapat oksigen dan makanan secukupnya, fungsi sel otak juga tidak dapat berjalan dengan baik dan boleh cepat mati. Keadaan tersebut akan meyebabkan serangan angin ahmar.

http://blog.cahayadiana.com/wp-content/uploads/otak-manusia.jpg
Air Kosong Untuk Tingkatkan Fungsi Otak

Selain daripada dua fungsi diatas pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari juga baik untuk kesihatan kita kerana:

1. Air Kosong Melancarkan Sistem Pencernaan


Pengambilan air kosong yang secukupnya akan melancarkan sistem pencernaan yang boleh mengelakkan kita dari masalah pencernaan seperti gastrik mahupun sembelit.

2. Air Kosong Mencegah Kanser


Pengambilan air kosong yang secukupnya akan melindungi tubuh dari serangan kanser serta mencegah penyakit batu karang dan hati.

3. Air Kosong Menyihatkan Jantung


Pengambilan air kosong yang secukupnya boleh mengurangkan serangan jantung kerana ianya melancarkan perjalanan darah.

4. Air Kosong Menenangkan Tubuh


Pengambilan air kosong yang secukupnya boleh menenangkan tubuh kerana ion negatif yang ada didalam aliran darah akan menyegerakan penghantaran oksigen kedalam sel dan tisu sehingga menyebabkan rasa tenang pada tubuh kita.

5. Air Kosong Menguruskan Badan


Pengambilan air kosong yang secukupnya boleh membantu menguruskan badan kerana ia meningkatkan kadar metabolism dallam badan kita. Disamping itu kita semua tau, air kosong tidak mengandungi kalori, gula tau lemak yang boleh boleh menambahkan berat badan.

6. Air Kosong Menjadikan Tubuh Segar


Pengambilan air kosong yang secukupnya boleh menyegarkan tubuh. Menurut Dr James M. Ripple, ahli kardiologi dari AS, air amat diperlukan oleh tubuh kerana kehilangan 4% cecair sahaja akan mengakibatkan penurunan fungsi tubuh sebanyak 22%. Apabila tubuh kehilangan 7% cecair sahaja tubuh kita akan menjadi sangat lemah dan lesu. so bayangkan kalau kita kehilangan 22%.


0 Response to "Info: 8 Rahsia Di Sebalik Air Kosong"

Post a Comment