Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, wanita berusia 31 tahun itu direman sejak kelmarin selepas disyaki terlibat menyuruh ketiga-tiga anaknya berusia dari 10 hingga 15 tahun meminum racun yang dicampurkan dalam minuman ringan.
Gambar Hiasan |
“Anak lelaki mangsa masih dirawat dan dilaporkan stabil di Hospital Serdang, manakala suspek yang turut minum racun sempat diselamatkan selepas menerima rawatan di Hospital Kajang,”katanya.
Menurutnya, sementara itu polis sedang mengesan suami wanita berkenaan yang dipercayai menjadi punca kejadian selepas dikatakan tidak pulang ke rumah selama seminggu.
Suspek sebelum itu sempat diselamatkan selepas anak sulungnya bertindak meminta bantuan dari teman lelakinya selepas mendapati ahli keluarganya tidak sedarkan diri setelah meminum minuman ringan diberikan oleh ibu mereka.
0 Response to "Seorang ibu berusia 31 tahun beri anak minum racun"
Post a Comment