Isteri Aaron Aziz Berhijab; Cerita Kiamat Punca Diyana Halik Bertudung!

Pelakon Aaron Aziz menzahirkan rasa syukur apabila isterinya Diyana Halik, 30, akhirnya membuat keputusan untuk berhijab selepas pulang daripada bercuti di Hong Kong pada Ahad lalu. Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 37, berkata, dia ada meminta isterinya untuk bertudung selepas menunaikan umrah dua tahun lalu, namun tidak memaksa wanita itu untuk berbuat demikian.


"Saya bersyukur akhirnya dia ambil keputusan untuk bertudung dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan.

"Sebelum ini ada juga meminta dia berhijab iaitu selepas pulang menunaikan umrah dua tahun lalu, namun saya tidak mahu terlalu memaksa dan biar dia melakukannya dengan kerelaan hatinya sendiri," katanya ketika ditemui pada sidang media Oh My English-Hello America, di Hotel Hilton, Isnin.

Tambah Aaron, dia mengetahui niat isterinya untuk berhijab sudah lama, namun belum benar-benar bersedia untuk keputusan tersebut.


Khabarnya, isteri pelakon berbadan sasa, Aaron Aziz yang juga pengurus aktor itu mengambil keputusan untuk bertudung selepas kembali dari percutian bersama kelab peminat Aaronators di Hong Kong.  Aaron Aziz berkata bahawa dia pernah meminta isterinya untuk bertudung semasa menunaikan umrah dua tahun lepas tetapi tidak memaksa Diyana Halik. Dan ternyata Aaron sangat gembira dan bersyukur apabila Diyana mengambil keputusan berhijab tanpa sebarang paksaan dengan kehendak dan kerelaan hatinya sendiri.

Tambah Aaron lagi, dia juga mahukan anak-anaknya mengikuti tranformasi itu, dan kalau boleh tidak mahu anak-anaknya memakai pakaian yang agak seksi atau singkat. Diyana menambah bahawa tindakannya mengenakan selendang ketika perjalanan pulang dari Hong Kong menjadi titik tolak berhijrah apatah lagi Aaron Aziz sendiri selalu bercerita dan menghantar video berkenaan kiamat. Apapun, tahniah untuk perubahan ke arah kebaikan ini!

0 Response to "Isteri Aaron Aziz Berhijab; Cerita Kiamat Punca Diyana Halik Bertudung!"

Post a Comment