VIDEO: BALISTIK…Filem Aksi Melayu Terbaru Bakal ‘Pecah Panggung’?


SELEPAS kejayaan Shamsul Yusof dengan filem aksi KL Gangster 1 dan 2, sebuah lagi filem tempatan disebut-sebut bakal menyaingi kehebatan karya berkenaan.

Pada 9 Februari depan, filem terbaru , Balistik bakal menemui peminat filem tanah air.

Balistik merupakan sebuah filem aksi yang mengangkat tema gangsterism dengan suntikan drama dan kasih sayang selain membawa mesej tersendiri kepada penonton tempatan.


Filem ini akan dibarisi oleh pelakon-pelakon popular seperti Rosyam Nor, Rita Rudaini, Adi Putra, Raykarl, Dato’ Rahim Razali, Jack Lim dan Mei Yan.


Balistik mengisahkan perjalanan hidup Saga lakonan Rosyam Nor yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Saga juga merupakan suami kepada Salina (Rita Rudaini). Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl (Rykarl Iskandar).

Kegiatan aktif Saga dalam dunia kongsi gelap membuatkan kehidupannya berisiko tinggi dan sentiasa terdedah kepada bahaya. Gaya hidupnya memaksa Saga untuk mengambil keputusan berpisah dengan Salina. Namun, anaknya di bawa bersama.

Enam tahun kemudian, Saga sudah pun membina hidupnya dengan aktif dalam dunia gangsterism bersama temannya, Jack (Jack Lim). Rykarl dibesarkan oleh Saga tanpa kasih sayang seorang ibu. Anak kesayangannya yang sudah pun bersekolah tadika itu sangat rapat dengan gurunya, Zira. Keakraban ini akhirnya mewujudkan rasa sayang Zira kepada Saga, ayah Rykarl.

Setelah sekian lama, Salina kembali muncul dalam hidup Rykarl dan Saga. Namun, pada ketika itu, Salina sudah pun berkahwin dengan Nizam lakonan Ady Putra yang merupakan rakan baik Saga di rumah anak yatim sewaktu kecil.

Saga dan Nizam tersepit dalam dua situasi, Nizam yang berdiri di landasan undang-undang dan Saga yang terpaksa menurut arahan ketuanya untuk membunuh rakan baiknya, Nizam.

Balistik bukan saja membariskan pelakon terkenal dengan lakonan yang hebat, malah filem ini turut mempamerkan sebuah plot cerita, aksi dan kemelut dunia gangsterism yang penuh drama dan air mata.


FAKTA

1- Rosyam Nor dan Datuk Kelvin Tan pada mulanya berkongsi tukang jahit yang sama sebelum kedua-duanya berpakat menubuhkan RK Screen.

2- DJ terkenal MyFM, Jack Lim dan beberapa pelakon Cina yang lain seperti Gan Mei Yan, Jason Phang dan Jeff Chin dijangka menjadi faktor penarik untuk golongan Cina menonton filem ini.

3- Pengarah filem Silver Yee pernah bekerjasama dengan Rosyam melalui drama CID pada tahun 2006.

4- Menggunakan ramai ‘stunt man’ termasuk dari Hong Kong.

5 – Filem yang menjalani penggambaran selama 29 hari ini menelan belanja RM2.5 juta termasuk kos promosi.

6- Memperuntukkan kos sebanyak RM45,000 untuk senjata api termasuk 1,000 butir peluru.

0 Response to "VIDEO: BALISTIK…Filem Aksi Melayu Terbaru Bakal ‘Pecah Panggung’?"

Post a Comment