Apabila Surau Dijadikan Tempat Lepas Nafsu Bukan Islam

Tak tahu tu adalah surau @ sengaja masuk nak jadikan port beromen. Dah takde tempat lain nak beromen. Mungkin sebab pasangan ini bukan islam satu malaysia bising. Budak melayu? tepuk dada tanya iman..
Dua pasangan remaja bukan Islam dikesan menjadikan surau di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara, di sini, sebagai tempat memadu kasih sebelum perbuatan mereka terbongkar, petang semalam.
Perbuatan pasangan terbabit yang berasmara di dalam rumah ibadat itu dikesan seorang penduduk yang mahu menunaikan solat Asar dan hairan apabila mendapati pintu surau berkunci dari dalam kira-kira jam 4.30 petang.


Katanya, sebaik menyedari pintu berkenaan berkunci, penduduk terbabit yang memegang kunci pendua surau itu cuba membuka menggunakan kunci itu, namun gagal kerana ia seperti ditahan seseorang dari dalam.
Menurutnya, penduduk terbabit kemudian memaklumkan kepada beberapa jemaah lain yang datang untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku.
“Kumpulan penduduk terbabit kemudian terdengar bunyi seseorang sedang keluar dari surau berkenaan melalui tingkap sebelum melarikan diri.
Info Asal : Hmetro

0 Response to "Apabila Surau Dijadikan Tempat Lepas Nafsu Bukan Islam"

Post a Comment