Gempar! China Hantar 3 Armada Kapal Perang ke Lautan Malaysia

Gempar! China Hantar 3 Armada Kapal Perang ke Lautan Malaysia | Tiga armada perang China telah melakukan rondaan di kawasan perairan James Shoal yang terletak 80km dari sempadan negeri Sarawak yang menjadi tuntutan Malaysia. Pegawai dan tentera yang bertugas di atas armada berkenaan bersumpah untuk melindungi kedaulatan dalam penyataan terbaru terhadap ketegasan Beijing untuk menuntut hak di atas Laut China Selatan sekaligus menaikkan kembali ketegangan diplomatik diantara Kuala Lumpur dan Beijing.


Kumpulan armada kapal perang China yang dihantar ke perairan Laut China Selatan itu terdiri dari sebuah kapal amfibia bagi tujuan pendaratan, ‘Changbaishan’, dengan diiringi dengan dua kapal pemusnah, lapor agensi berita Xinhua.
Dalam satu majlis yang diadakan di kawasan Zengmu Reef, tentera dan pegawai-pegawai diatas kapal telah bersumpah untuk melindungi kedaulatan negara dan kepentingan maritim. Zengmu Reef adalah istilah China bagi merujuk nama kawasan James Shoal.
Panglima armada, Jiang Weilie menggesa anggota serta pegawai tentera yang bertugas diatas ketiga-tiga armada tersebut untuk bersedia melawan dan meningkatkan keupayaan dalam pertempuran bagi membantu Beijing menjadi sebuah kuasa maritim dunia.






Sejak akhir-akhir ini, Beijing meningkatkan pengaruhnya di Laut Cina Selatan ekoran tuntutan bertindih selain pertikaian hak maritim di kawasan yang dipercayai mempunyai potensi simpanan minyak dan gas yang tinggi dan Beijing mendakwa mereka memiliki keseluruhan hak kedaulatan diatas laut Cina Selatan.
Pada Mac 2013, Kuala Lumpur (malaysia) telah membantah pencerobohan 4 armada China ke kawasan tersebut. Malah dalam ‘lawatan 4 armada berkenaan’ tentera Cina telah melepaskan tembakan ke udara sebagai tanda kehadiran mereka ke kawasan tersebut. Pada bulan April 2013, sebuah kapal Maritim Cina datang kembali ke kawasan berkenaan dan meninggalkan penanda keluli bagi mempertegaskan tuntutan mereka keatas kawasan tersebut.
Maklumat tambahan : Tiga hari lepas Changbaishan dan dua escort destroyers Wuhan dan Haikou melakukan latihan pendaratan di Paracel Island. Kemudian Reuters laporkan 15 jam lepas Fleet ni dilaporkan melakukan perkara yang sama juga di JAMES SHOAL. Berikut merupakan gambar-gambar askar China di 3 buah kapal perang di perairan Malaysia.
Sumber: Berita Semasa

0 Response to "Gempar! China Hantar 3 Armada Kapal Perang ke Lautan Malaysia"

Post a Comment