Harapkan cikgu, cikgu gigit murid.
Di Singapura seorang guru wanita sekolah rendah berusia 42 tahun didapati bersalah melakukan aksi berahi membabitkan muridnya yang baru berusia 13 tahun.
Guru terbabit didakwa beberapa kali mencium bibir murid terbabit selain meninggalkan ‘gigitan cinta’ pada tengkuk dan bahu mangsa.
Akhbar New Strait Times melaporkan, guru yang dirahsiakan identitinya kerana dibimbangi boleh terkait dengan identiti mangsa telah beberapa kali keluar janji temu dengan murid tersebut sejak awal 2012, ketika mangsa berusia 12 tahun lagi.
Dia mula mengenali mangsa kerana anak lelakinya turut bermain bola sepak dalam pasukan sama, selain mengajar tarian Melayu kepada dua kakak mangsa.
Pada penghujung 2012, mangsa dikatakan sanggup ponteng sekolah semata-mata untuk sarapan pagi bersama guru tersebut di McDonald Nanyang Technological University.
Setelah itu, mereka sama-sama menaiki bas ke taman berhampiran. Di sinilah mangsa dicium dan diberikan gigitan cinta sebelum dibawa pergi menonton wayang di Clementi Mall.
Pada Oktober 2013, guru terbabit didakwa mengulangi perbuatannya di Botanical Garden diikuti keesokan harinya di Sentosa, begitu juga pada tarikh 13 November 2013.
Perbuatan keji itu hanya terbongkar selepas ibu mangsa yang tujuh tahun lebih muda daripada guru terbabit terlihat gigitan cinta di leher anaknya pada 14 November. Setelah didesak anaknya menceritakan apa telah berlaku.
Sebaik mengetahuinya, ibu mangsa membuat laporan di sekolah dan balai polis.
Ketika perbicaraan suami guru tersebut dan ahli keluarganya yang lain turut hadir dan menenangkannya yang kelihatan bersedih.
Keputusan akan diumumkan 19 Februari ini. Sabit kesalahan, guru terbabit boleh didenda SD10,000 dan lima tahun penjara. - REM RAMZI
0 Response to "Guru Wanita Buat Gigitan Cinta Pada Murid 13 Tahun!"
Post a Comment