Mengancam! Proton Bakal Pengganti Savvy Dirakam Di Sweden? (5 Foto)

Selepas Proton mengumumkan model pengganti Perdana, kini ada ura-ura mengatakan Proton bakal mengeluarkan model penggganti bagi Savvy. Berita ini mula tersebar luas apabila beberapa keping gambar ujian model berkenaan dilakukan di Sweden. Bagaimanapun setelah melihat gambar tersebut, KisahBest.My percaya model kereta ini direka juga bagi cuaca sejuk di beberapa buah negara. Boleh lihat gambar di bawah ini.





Baru-baru ini, ‘paparazzi’ Automedia telah berjaya mengambil gambar kereta Proton Global Small Car (GSC).
Gambar berkenaan dirakamkan nun jauh di Sweden, sedang dipandu uji dalam keadaan jalan dilitupi salji.
Dipercayai, GSC sedang melalui proses ujian untuk menentukan keupayaannya dikendalikan dalam cuaca sejuk.
Menurut jangkaan Automedia, GSC akan dilancarkan Proton seawal-awalnya suku tahun ini. Nama bagi kereta ini juga dikatakan sudah pun dipilih berdasarkan satu pertandingan yang diadakan.
Berdasarkan gambar, saiz GSC nampaknya kelihatan besar sedikit daripada Savvy.
Sama-sama kita nantikan produk terbaru Proton ini..

Sumber : Mynewshub

0 Response to "Mengancam! Proton Bakal Pengganti Savvy Dirakam Di Sweden? (5 Foto)"

Post a Comment