Kejam! Ibu Dera Anak Kecil Depan Khalayak Ramai (Video)

Tidak salah menegur anak jika dirinya melakukan kesilapan. Tetapi berpada-padalah terutama sekali pada anak kecil. Video yang dikongsikan ini adalah tentang sikap seorang ibu yang memarahi anaknya di depan khalayak ramai. Tanpa ada perasaan malu, wanita itu tanpa segan dan silu, menarik-narik rambut anaknya sehingga menangis.


Apalah nak jadi dengan masyarakat kita sekarang.. Tergamaknya seorang ibu menarik-menarik rambut serta memukul anaknya yang masih kecil di khalayak umum. Mungkin ibunya marah kerana anaknya tidak mahu menjamah makanan yang disediakan untuk anaknya itu. Tetapi itu tidak memberi lesen kepada si ibu tadi untuk memukul anaknya sedemikian rupa.

Sedangkan binatang pun sayangkan anak.. Penulis ingin memberikan pesanan buat penulis juga dan pembaca di luar sana, cubalah terapkan kembali nilai kemanusian serta berkasih sayang dalam diri kita yang semakin pudar sejak kebelakangan ini dan sematkan ia dalam kehidupan sehari-harian kita.

InsyaAllah dengan sifat serta nilai-nilai murni yang diterapkan itu, perkara seperti dalam video ini tidak mungkin akan berlaku lagi.

Sumber : MyNewshub

0 Response to "Kejam! Ibu Dera Anak Kecil Depan Khalayak Ramai (Video)"

Post a Comment