Ngeri! Kepala Lekuk, Bibir Koyak

“Kepala anak saya berdarah dan ada kesan lekuk dengan saiz sebesar syiling 10 sen di dahi manakala bibirnya pula terkoyak dan lebam.” Itu kata seorang wanita yang kematian anak perempuannya dipercayai akibat dipukul di sebuah apartmen di Bandar Sunway, di sini, malam kelmarin.
1
Maimunah Abdullah, 49, berkata anaknya Pakizah Raja Khan, 27, disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya, lima jam selepas menerima rawatan.
Menceritakan semula kejadian, Maimunah berkata, sebelum itu anaknya yang bekerja di bahagian khidmat pelanggan sebuah bank pergi ke rumah teman lelakinya di apartmen berkenaan.
2
“Dia menjalin hubungan dengan teman lelakinya setahun lalu dan saya juga mengenali lelaki itu. Anak saya juga selalu ke rumah lelaki itu,” katanya, semalam.

0 Response to "Ngeri! Kepala Lekuk, Bibir Koyak"

Post a Comment