Meriah Jambatan Kedua Pulau Pinang Dirasmikan (2 Gambar)

Terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.. telah menyediakan kemudahan jambatan kedua Pulau Pinang, Datuk Seri Najib telah menamakan jambatan tersebut sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.



Kita boleh berbangga dengan Negara kita kini Pulau Pinang telah mendapat kemudahan yang tidak ternilai, dengan adanya Jambatan kedua ini pasti kesesatan trafik dapat dikurangkan. Perdana Menteri telah merasmikan jambatan ini sebentar tadi di petik dari Harian Metro :-

Batu Maung: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan nama rasmi jambatan kedua Pulau Pinang kepada Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dalam majlis perasmian jambatan itu di dataran Batu Maung di sini, sebentar tadi.
Beliau juga mengumumkan jambatan sepanjang 24 kilometer itu dibuka kepada orang ramai selepas jam 12 malam ini tanpa sebarang bayaran tol selama sebulan.


0 Response to "Meriah Jambatan Kedua Pulau Pinang Dirasmikan (2 Gambar)"

Post a Comment